CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

MukaCATATAN

Tuesday 21 May 2013

WHAT IS YOUR DREAM???

Hollaaa...Assalamualaikum.. Hanyohasayoe~~ Wanakam.. blablabla

Apa khabar semua? sihat ? Lama dah tak update belog haa. nak tahu berapa lama dah? sila tengok last entry blog ler.  dah berlapis-lapis habuk aku rasa. HAAHA. nak lap tak boleh. *ini semua poyooo >.< maklumla busy berPRAKTIKAL haa. dah tak lama dah. tinggal lagi  2 minggu. tamatlah segala penyeksaan ini -.-' horeyyyy!

Aku ada benda nak share untuk entry kali ni. yelaa tak salah nak kongsi benda baik-baik dengan semua orang. yang baik jadikan teladan , yang buruk lempar kat laut okayh? :) entry kali ni agak membantu kepada semua budak-budak lepasan SPM yang tengah duk pening kepala sampai migrain nak pikir, nak masuk Universiti apa?? nak amik kos apa?? nak pilih kos ni depends pada minat ke? atau ikut market? *haa banyak betul persoalan cepumas, cepu gangsa cepu-cepu semua :p So, meh semua aku nak story telling sikit.. heehee

Apa yang aku nak share ni yang 'MAIN' laa, adik-beradik kos yang aku amik kat UTeM. apa. tapi awal- awal aku cakap eah, UTeM ni universiti teknikal. so, apa yang aku nak kongsi ni semua berkaitan dengan kos ENGINEERING semata-mata. tu sahaja yang aku pro haa. kos lain tu takthu pulak mak nak jawab ape nyahh ;D So, sape- sape dalam kepala otak dia tu nak jadi jurutera kelak, boleh laa selak-selak entry aku nih. sekadar perkongsian (Y)

PERTAMA

ELECTRONIC ENGINEERING. kos yang aku amik selama 3 tahun. dah nak habis dah. baki 2 sem jea lagi. tak lama pun. kos ni sebenarnya apa? belajar pasal apa? apa yang boleh aku cakap --> Dunia di hujung jari. *so boleh agaklah macam mana tough nyee kos ni. kadang-kadang mereng jugak kepala otak aku nih :3
This course is all about ADD MATH ! easy to say, korang semua kenalah terror subject add math. sebahagian besar yang aku belajar, semua ada add math. aku ni bukanlah orang yang ( I LOVE ADD MATH ) ! tak okay. I really hate this subject like seriously . last2 kena belajar jugak, redah jea laa, no choice. 
#numbers is your world maybe. 

#be like this !


So, struggle lah sampai lebam supaya dapat score untuk final. macam yang kita tahu, add math kat universiti lagi more more and more advance than school. so sape- sape yang favourite subject dia add math, ada saya sarankan amiklah kos ni *peace -- subject lain : PHYSICS la. alaa master basic pun dah cukup. yang lain semua pasal electric, signal , programming etc. yelaa dah electronic, mestilah belajar yang kecik-kecik je    
( tiny component)

KEDUA

ELECTRIC ENGINEERING. kos ni paling ramai student tiap2 batch. mengalahkan kos lain la. ni pasal ape ehh??? dah nama electric, memang sah-sah la korang belajar pasal elektrik, power, etc. kos ni lebih kurang sama aje subject dengan aku punya kos. ADDMATH & PHYSICS. tapi subjek elektrik dia lagi kaw-kaw punye. *macam kopi kapal api, memang kaw

KETIGA

MECHANICAL ENGINEERING. kos paling tough kot. kos paling sikit perempuan. tiap batch, ade 10 orang jea paling maximum . tu pun paling maximum ler. *so, bayangkan !! kalau korang nak amik kos ni, kena master PHYSICS & CHEMISTRY ! semua subjek yang diajar berkaitan dengan dua subjek tu ler. jadi korang kenalah seorang yang rajin berfikir dan seorang yang suka menghafal. *selalu kena pikir logik dan sebabnye. selalu kena ingat semua nama chemical yang terlibat bla..bla..blaa



KEEMPAT

MANUFACTURING ENGINEERING. kos ni berkaitan dengan kilang. anda akan selalu berjumpa dengan gergaji, paku, tukul, senang kata semua alat besi akan jadi kawan korang laa nanti. heheheh. kos ni, main dia CHEMISTRY & PHYSICS jugak. korang bayangkan, fakulti manufacturing ni pun dah ala-ala kilang besau haa. masuk lab, terus pakai kasut besi yang keras mcm konkrit tu. so, siapa yang suka lasak-lasak bolehlah try kos ni. 

# haa berapa banyak principle nii??


KELIMA

INFORMATION COMPUTER AND TECHNOLOGY course. satu-satunya kos bukan engineering. tapi agak tough jugak laa. student dia ni kena 'otak komputer' baru senang nak score subject ni. amik kos ni, korang akan belajar semua benda baru la. kadang- kadang jea ade terselit addmath . *sesat agaknya. hahahaha -- 

Apa pun, korang jangan risau, universiti ni tak sentuh langsung subjek BIOLOGY feveret korang tu. TAK DAN TAK AKAN OKAY !! so, sape yang dapat excellent biology tu, rugi ler kalau korang apply kat sini. tapi tak salah kalau nak tukar angin. sekali- skala. hewhew

# description about me

Tapi kan, keputusan UPU baru jea keluar. maknanya entry aku ni agak dan dah terlambat lerr. tapi takpe ler, kepada adik tingkatan 5, do visit my blog, and read this okay \(^_^)/   so, bermula dari sekarang, STUDY HARD ! STUDY HARD !




Last but not least, the most important thing is TIME MANAGEMENT. kena pandai manage time kalau nak berjaya. kerana masa itu emas, bukan perak atau gangsa. setiap saat sangat berharga. *amboii bella ! pandainya bagi nasihat -.-' tapi diri sendiri? dushdush gedebuk benda keras atas kepala aku. HEHEHE

#kan best kalau aku macam ni? pandai manage time :3

Okaylah, dah panjang sangat aku membebel. lenguh tangan sudah. dengan ini saya akhiri entry saya dengan ucapan terima kasih. kamsamida~~ jumpa lagi yea lain entry *kalau I tak busy lerr. Byeeeee

#sekadar gambar hiasan. peace!

with love, 
BELLA




1 comments:

Unknown said...

salam akak :)
saya dapat electronic engineering uitm.
nak tanya pendapat akak rasa kos ni ok ke ?
saya mcm bercadang nak tukar kos electrical engineering sebab peluang kerja lebih banyak.
akak rasa berbaloi ke tukar ?
nak kata saya minat tak jugak huhu sebab kos ni pilihan bawah bawah masa isi upu .

Post a Comment