CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

MukaCATATAN

Friday 5 June 2015

FORGIVENESS is not easy as ABC..





Haiii. pernah rasa kena tipu dengan kawan baik sendiri? pernah ke? pernah ke?? AKUUU !! bukan sekali banyak kali kot HAHAHA *mampu gelak je* 



orang kata;

'Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!'


yekerrrrrrr????? okay tu orang kata. alahh CAKAP SENANG. nak buat tu bukan main payah lagi..

bagi aku ni yang sebetulnya ;

BUKAN SENANG nak maafkan orang maafkan orang yang telah menyakiti hati kita apatah lagi nak melupakan kesalahan mereka -.-' tapi sesiapa yang hati dia benar2 tabah dan besar je boleh buat ni. okay ni ada orang cakap lagi, 'Alahhh TAK MATANG lahh kau ni. maafkan jelah dia tu' . for me, its not about MATURED OR UNMATURED when come with this matter. tapi ia adalah dari segi kita bersedia ke tak, nak maafkan orang tu . MAAF DENGAN SEIKHLAS HATI. bukan mulut kata maaf, tapi hati menidakkan. so, its very hard,,,,,

Bagi aku... aku jenis memang payah nak maafkan orang. I admit it. tapi tak susah untuk aku maafkan orang kalau hati aku dah benar-benar bersedia nak let go everything which means dengan kata lain, aku memang nak maafkan segala kesalahan dia. so dont ask me what the reason --'

tapi berbalik pada perenggan ataih sekali tu, entahlahh SUSAH BAGI AKU ! SUSAH UNTUK AKU MAAFKAN DIA. SEBAB APA? SEBAB ITS TOO LATE ORANG KATA. TOO LATE.... 

ramai kata;

'baguslah dia dah minta maaf'
'maafkan dia aand kawan mcm biasa'
'life is meant to be live. so maafkan je'
'sakit tau tak dilayan bila kita mintak maaf'

hurrrr hambar hambar hambar ! sorry --' bagi aku, kalau dah betul2 rasa bersalah, dah ikhlas hati nak mintak maaf, TAK PERLU tunggu nak FINAL EXAM & DAH NAK PUASA baru nak mintak maaf. anytime boleh. anytime yang tak perlu ada sebab kenapa nak kena mintak maaf. well selama ni, 1 minggu 2 kali jumpa aku kat class, lepas kejadian tu, around 3 months, aku tunggu kata2 maaf dari kau lagi sekali (nak menampakkan yang kau benar2 menyesal dengan apa yg dah jadi) BUT NOTHING !!! and after that, I will assume that kau ni memang SELFISH. sorry. *already decide* terlajak perahu boleh diundur, terlajak label dah taleh buat apa.



*refer gambar atas*  SORRY, selama kau takde dalam hidup aku, tak pernah aku rasa sekali pun yang hidup aku ni TAK FREEDOM. more more more freedom lagilah. sebab apa?? sebab kalau nak keluar, tak payah nak hadap drama indon dan takpayah nak layan emosi orang psiko. sorry to say. so aku dah bahagia dengan kehidupan aku sekarang. 

aku taknak kata apa-apa sebab buat apa nak maafkan orang kalau hati benar-benar TAK IKHLAS nak memaafkan. buang masa kan?? sebab apa? sebab aku taknak berlakon depan orang. well aku bukanlah pelakon yang hebat. aku taknakjadi FAKE. For me, let time decide everything from now on. Kalau suatu hari nanti aku dah dapat maafkan kau, thats a good news for you maybe (org kata bila dah buat salah, tapi org dh maafkan kita, mesti lah happy) but just REMEMBER ONE THING. its only forgive not forget. 

# aku tak setuju yang ni ! bantah keras2. kalau dah forgive, for me i wanna forget everything about her. head to toe. let us be strangers. 

thats all. bye. 
nabila















Saturday 25 April 2015

KAWAN atau LAWAN???



Saat aku mengarang cerita yang memang berbelit ni, I have no words to say anymore even tho inside me there are full of anger and disappointment. Bila jadi macam ni, aku dah susah nak percaya orang tak kira lah laki ke pompuan ke jantan ke tino ke -.-‘ pernah rasa kena BACKSTABBED dengan BESTFRIEND sendiri? Tak pernah ? so memang takthu lah apa yang aku rasa. Pedih dia sampai dalam wehhhh. Orang yang paling aku percaya, orang yang paling banyak aku share masalah aku, orang yang ada waktu senang dan susah. Tapi… disebabkan KEPENTINGAN DIRI SEMATA-MATA mungkin,,, dan disebabkan LELAKI jugak mungkin.. friendship jadi punah ranah hancur berkecai boommmm kebabommm >.< sejak kejadian tu sampai sekarang, aku tak pernah share secara details apa yang aku rasa dan tak pernah ada chance nak burst out my anger kepada si pesalah sebab aku memang tak kuat bila aku sorang. Takde kesayangan aku yg nak backup aku. Hmm hmm. Pihak sana bawak boyfieee takpe lahh, dah tuu tak malu pulak siap bf dia sukati nak marah gua. MACAM ARR GUA BUAT SALAH KAT LU. SIOTTTT ARRRR dah tuu tak pegang janji pulak tu. FAIR KE MCM TU?? FAIR KE? *japgi aku cerita pasal pinky2 promise nihh

#hmm like this 


Kisah bermula apabila… 1 2 3 *countdown HAHAHA

23 Feb 2015

Habis class JEPUN.. aku keluar keluar lepak minum minum plus bff aku si malindo air ajak nak jumpa. Ngee~~ lama tak naik flight. Tetiba -.-‘ so aku ke kedai mamak bersama dua orang budak kesayangan, F dan D. Hihiks. Before gerak, F cakap ada benda nak cerita pasal bff kami iaitu ‘perempuan itu’. Aku curious gilaa tetapi kata hati kuat mengatakan ini ada kaitan dengan ‘budak heartless itu’. Tapi masih positive kan diri yang apa aku fikir tu Cuma andaian semata-mata khayalan. Ahahaha. Then sampai di kedai mamak, borak2 kosong dengan bdk malindo air ni then dorang pun dah nak balik. So tinggal lah kami bertiga, aku, F dan D.. satu persatu cerita telah dirungkai. My first reaction when I first heard the story is SPEECHLESS. SHOCK. ANGRY. SAD. ANNOYED. And feel betrayed hm hmm . 




pandai betul ‘perempuan itu’ BERLAKON depan aku dan semua orang dengan imej ala-ala muslimah dia tu. Puihhhhhh. So adik2, don’t judge book by its cover. Jangan sangka kulit manga buruk, isi nya jugak buruk. Ehh peribahasa apakah :3 apa point cerita? Tak perlu cerita semua. Nanti aku highlight mana penting.

Memandangkan besok merupakan janji temu group kami. Nak karaoke bersamaaa. Yelahh dh sebulan tak jumpa kan. F Tanya aku, adakah ingin teruskan perjumpaan karaoke atau tidak? Adakah aku kuat untuk bersemuka dengan dorang bedua tanpa tunjuk yang aku dah tahu cerita sebenar. Pretends like nothing happened loh. Time tu aku rasa kuat lagi yelahh sebab belum jumpa dia kann,, so karok esok diteruskan.

24 Feb 2015

 ‘perempuan itu’ whatsapp aku Tanya jadi ke karok? Katmana? What time? Aku reply… tapi reply pendek ehh takde mood doe nak reply msg backstabber . dah kira baik lah aku reply kannss? Destinasi pertama before karok adalah kedai makan jawa. Hahaha. Sampai2 je time nak park moto, terus nampak muka ‘perempuan itu’ and tetiba rasa ANNOYED menguasai seluruh tubuh aku. Haihhh tahan je lahh buat2 cool. Aku ni jenis buat2 cool pon memang akan spoil jugak. Bukan pelakon berkaliber nak buat acano -.-‘ tgh2 syok makan, tetiba datanglah ‘budak heartless’ lagi sorang. Terus mood aku swing. Langsung tak pandang dia. Ehh lantak lah apa jadi time tu.

Lepas tu, gerak pegi karok. Perempuan itu byk kali tanya aku okay ke tak? Aku marah dia ke? Nak je time tu aku jawab. YEEE BODOH. KAU TAK FAHAM ATAU BUAT2 TAK FAHAM?? TAYAH NAK TANYA BANYAK KALI LOL. Tapi hold. Hold lagi. *sebab banyak kali sangat aku sabar ngan perangai dia.  Time balik karok, minah tu still tanya soalan yang sama. Ehh muak aku dengar. AKU TAKKAN MENGAKU SELAGI KAU TAK CONFESS SENDIRI KAT AKU *tu yang aku nak lah. Hishhh menyampah gilaaa please lahh get out from my side.!!
Malam tu, budak heartless call aku berkali kali. Lebih 10 kot. Tapi maaf tiada keinginan untuk pickup . tak cukup call, hantar whatsapp pulak. Merayu2 ajak aku jumpa. Aku mcm what? Semangatnya nak jumpa mcm dia sorg buat salah. *TAPI RUPANYA ADA QUEEN TERSAYANG SURUH EH?? WOWW SO SWEET

Flashback jap….

Aku sebenarnya dah lama simpan marah aku. Aku ni tak pernah nak marah org tak tentu pasal. Tak pernah nk moody tak tentu pasal mcm sesetengah orang yg gaduh ngn pakwe, terbawak2 ngn kwn2. Hishh pantang betui aku -.-‘ macam dia sorang ade pakwe. Kes paling teruk time holiday kat rumah aku. Alahaii beragak lah nak buat pasal pon, kat umah orang kot. Ke sebab kat rumah aku so SEMUA BENDA TAKPE SEBAB AKU KAN JENIS TAKPE TAK KISAH? Dah mak bapak aku mcm mne? Dorang TAK KISAH JUGAK KE? Paling taleh blah merajuk sebab IKAN JATUH. Aku pon tak sedar tetiba budak2 ni ckp merajuk. Masuk bilik. Dah nak kena pujok. Dah aku kena jawab kat mak bapak aku apa masalah kau pulak :3 blerghh. Bukan takde inisiatif langsung dr ktorg utk pujok kau. ADA okayyy adaaaa. Tapi still ngn perangai dia ikut kepala dia je tak kira rumah sape pon. Last2 mengadu kat pakwe. Aku kluar tak ajak dia. WEHHH AKU DAH AJAK, KAU YG TAKNAK. AKU BKN PAKWE KAU NK PUJOK 40 KALI SMPAI KAU CKP NAK. Heh. Ni klimaks time bdk2 ni nak balik, aku nak susun beg2 dalam keta memandangkan brg semua byk. Nak susun nak bagi orang duduk selesa. Ehh tak bagi amik beg dia then tengking2 org yg nak amik beg dia tu depan bapak aku. Haihh muka bapak aku dah lain kot time tu. Haihh nak bagi penampar je terus. Tapi HOLD. PLEASE LAHHHH RESPECT SIKIT MAK BAPAK AKU. KAU DTG RUMAH AKU KOT.  Last2 kes settle, sebab apa?? Sebab kes JEALOUS AKU SELALU dengan D. mak aihhh pandai putaq belit citer. Padahal jeles pasal budak heartless. Okay UTK KESEKIAN KALINYA AKU JUGAK PENYEBAB DIA. AKU JUGAK YANG SALAH. Maklumlaa hati dia mcm spongebob, kena jaga sokmo. Even tho aku tak puas hati, tapi aku biarkan je sbb bdk2 lain ckp takpe lahh, nak buat mcm mne perangai kwn kita mcm tu. Even kalau pikir logik pon, sape yang tahan? ASYIK NAK JAGA HATI DIA JE, HATI AKU MCM MNE?

Bayangkan tiap kali nak keluar nak kumpul 6 orang, tak pernah AMAN. Mesti ada puting beliung perang dunia berlaku. Semua tu sebab siapa?? Sebab siapa?? Mestilah sebab perempuan itu. Aku serious tak faham apa masalah dia. Org lain couple jugak tapi hal kawan2 tu lain la jangan duk campur adukkan ngn personal kau. Boleh kira ngn jari je berapa kali dapat kumpul 6 org? 1 kali kot. Hahahaha. Tu pon lepas pendamaian antara pasangan kekasih paling sweet. Like abcdefgh -.-‘ menyampah kot tolong la faham.

26 Feb 2015

Dataran MBMB – jumpa pesalah 1. Kepala otak aku ni messy gila so aku conclude just nak dengar je cerita drpd dia. And aku TAKKAN PERCAYA SIAPA2. So cerita punya cerita blablabla. Apa yg aku dapat?

1.      Bila timbulnya perasaan itu.
2.      Kejadian di MUAR.
3.      Rejection of love. *alaa sedihnyaa. PADAN MUKA -.-‘
4.      Apa yang mendorong terjadinya semua perkara.
5.      Whatsapp, call, telegram
6.      Nickname sayang??? Hehh anje adinda kekanda bantal peluk busuk -..-‘
7.      Bagaimana cara pihak sana hmmhmm *dahh malu nak cerita sini #tutup mata
8.      Aku sebagai medium?? Igt aku ni medium communication ke? -..-‘
9.      Dia sebenarnya duri dalam daging? Gunting dalam lipatan? Jarum dekat tudung? Hahahaha

Aku sebenarnya dari rumah dah letak sasaran awal yang aku TAKKAN NANGIS. But see?? Hm semua sebab aku baca CONVERSATION perempuan itu dengan pesalah 1. Sampai skrg aku INGAT ayat pesalah 1 : ‘EVEN KAU DAH REJECT AKU, AKU TETAP TAKKAN KEMBALI KAT DIA’. *lebih kurang mcm tu lah ayat dia. Wowwwwwwwwww terbakar akuuuu ! aku bagi free pon dah taknak and takkan balik lah kat dia sebab aku dah tau bad story korang bedua. Aku tak suka share dgn member2. So sorry yaaaaaaaa !!! dengan msg2 yang gedik2 manja2  -..-‘ WEHHH SEDAR SIKIT KAU TU DAH ADA BOYFRIEND!

Ayat minah tu yang buat aku burst out !!!!
-          Weh, dia dah tahu ke pasal kita?
-          Dah kenapa dia tweet pasal backstabber?
-          Kau try lah tanya dia *haa hangkut ngn ROOMMATE kau skli suruh tanya akuuuuuuuu. Sape makan cili rasa pedas la weh
-          Wehh jom ah kluar dari fobia?? *dipersilakan
-          Ahh lantak dia ah nk marah pon
-          Pegi mati lah, bukan kisah pon

(lebih kurang mcm nilah ayat dia) sape tak sakit hati wehhh. Kawan baik kau sndri ckp mcm niiii. Aku nangis sepuasnyaa then aku dah janji yg aku takkan nangis sbb pompuan tu lagi lepas ni. Buang masa nangis sebab pompuan yg tak sedar dek untung * eh peribahasa ke ni? Mcm dlm dialog drama jerr ;)

1 Mac 2015

Forestay – jumpa perempuan itu. Kami jumpa pon atas arrangement boyfriend dia. Hmm nak tunggu dia sendiri datang kat aku, nanti tua dulu lah. Org mcm ni mana nak ngaku salah. Bf dia whatsapp aku tempat, masa etc. then aku ada tanya ‘ 4 of us?’ bf dia jawab ‘ye. Tp aku ngn gf dia dulu then baru panggil budak heartless datang. Okayyy aku PERCAYAAAAAAAA. So, aku datang sorang2 sebab dengan niat nak habiskan kat situ terus harini.

Apa yg aku dapat drpd perempuan itu? Semua yang aku dengar drpd F. meh nak list meh

1.      Kejadian di MUAR.
2.      Org pertama tau selepas kejadian tu, adalah MAK dia. *ni tah betui ke tak aku pon taknak percaya and malas nak try2 percaya. Lantaklah bukan aku kisah pon. Kau nak nikah terus aku lagi aku tak kisah. Sebab aku tak takde pape. Tapi kenapa mesti TIPU????
3.      Budak heartless selalu ganggu dia – selalu yang start text dia.
4.      Time sem break tak online whatsapp sebulan sebab nak lari drpd budak heartless. *KAU TAK CITER PULAK PASAL CALL, TELEGRAM SEMUAAA TUU. Akuu laa sabar je. Pastu duk NANGIS TAK HENTI2. Hishh rimas n menyampah okayyy. Senang sangat keluarkan air mata !
5.      Buat semua ni sebab sayangkan fobia.
6.      Mintak maaf sebab ini cara dia protect fobia.
7.      Dah tuu tanya aku nak tau apa lagi?? Macam aku tau jalan cerita korang. Kalau aku expect SEMUAAA lahh. Tu pon takthu full version ke tidak lol.

# haa CURANG itu INDAH kann!



So ini je yg aku dapat lepas tolak campur apa semua. Tak BURST OUT mana aku -.-‘ tapi aku tertunggu2 mana budak heartless. Batang hidung pon tak Nampak. Hmm


Then,
Aku : ada pape lagi kau nak cerita ke?
Pakwe dia : so, skrg mcm mne? Apa kau nak buat?
Aku : nanti aku pikirlah mcm mne.aku takthu apa patut aku buat. Messy.  Aku nak dgr dr 2 belah pihak je dulu.
Pakwe dia : nak tanya.. PERLU KE KAU TWEET2 PASAL DIA? KAU TAU TAK ITU MEMBULI DIA NAMANYAA..?? *muka marah
Aku : tweet?
Perempuan itu : EHH DIAM AHH KAU.*marah kat pakwe diaa
Pakwe dia : takdelah, aku bukak twitter then search nama kau. So aku baca lah tweet2 tuu..*lame ahh brader
Aku : KAU RASA TWEET2 AKU TU KESALAHAN DIA, SETIMPAL KE DGN APA YG GF KAU DH BUAT KAT AKU??? *hishhhhhhh menyirappp pulak
Pakwe dia : hmm takdelah tak elok mcm tu. Dh la tweet2 mcm tuu.
Aku : hmmm angguk jerrr *dalam hati nak tendang2 dua ekor nii choiiiiiii

FYI, AKU PRIVATE AKU PUNYA TWITTER. SO SAPE YG TAK FOLLOW TALEH TGK AND SAPE YG SESAJE NAK SEARCH PON TALEH TGK. APA KE BENGAPPP SANGAT PENIPUAN KAU?? MCM AKU TAK TAHU POMPUAN TU MENGADU KAT KAUU ??!!!!!!!!!!! DAH TUU BUAT2 TAK BERSALAH. Amboiii kalau salah orang cepat je nampak, salah sendiri mak aiii kalau boleh nak sorok dalam spender kot -.-‘ *takde dah bahasa elok2 dari aku pasni takdeeeeeee no moreeeeeeeeee

Lepas tu aku terus blahhhh. Sakit hati yang amat. Dah la tipu aku kata budak heartless nak dtg. Tapi bukan TAK DATANG, BUT TAK AJAK PON. *yelaa klau bdk heartless datang mungkin taleh dah nak tutup salah dia. SUCH A CUNNING LADY!!

Aku tau kau ;pakwe dia nak cuba jernihkan hubungan aku ngn gf kau. AKU TAUUU TUU !!! tapi masalahnyaaa gf kau tak ALL OUT ponn. Still nak sorok lagi kesalahan dia. So kau rasa patut ke dia dapat kemaafan dari aku?? PATUT KE??? Tak salah kalau kauu story everything . aku mungkin boleh terima kau balik. MUNGKIN. Tapi jangan harap macam dulu lagi lah. Tapi nampak kat sini, kau belum betul2 IKHLAS MINTAK MAAF. Aku tak nampak langsung keikhlasan tu. So, aku pon TAK IKHLAS NAK TERIMA KAU BALIK DALAM HIDUP AKU.

Cukup lahhh.. ni bukan sekali kau buat kat aku kannn?? Masa sem 1? Aku dengan H. Cuba pikir balik kau buat apa ?????? aku takkan tau sampai bebila kalau aku tak check kau punya FB messenger. Aku takkan tau. Tapi still lagi aku boleh terima kau seadanya sbb aku taknak percaya semua tu sbb aku assume yg lepas biar lepas lah. Aku percaya kau. Taknak ungkit. Tapi still kau ulang lagi mistake tu. Kau tak pernah puas dengan apa yang kau ada. Cuba pikir dengan akal yang waras!! Sape boleh terima kalau org yang PERNAH KAU SAYANG dgn BESTFRIEND sendiri??? Walaupun aku dh end ngn dia, apa2 pon dia tetap org yg pernah ada dlm hati aku dulu. So sikit byk ada rasa sakit dlm hatiii. Cuba kalau aku buat kau mcm tu?? MEROYANNNNN 40 HARI 40 MALAM LAA KOT -.-‘

Flashback jap

Bukan aku taktahu.. time aku tengah tido kau (perempuan itu) amik phone aku senyap2. Macam2 gaya ada supaya taknak aku sedar.  apa nak di spot-check pon taktahu. Aku sampaikan rasa takde privasi kat phone sendiri. Kadang2 buat password tuu sebab ANNOYED PULAK RASA. Kalau phone dia?? Haram lahhhh nak bagi aku tengok or buka sesuka hati. Memang taklahhhh. Siap ada password semua. Kalau dapat tengok pon dia yg tnjukkan sendiri selepas ditapis kot -.-‘ *rupanya ada benda gempak yang disorokkan. hmm hmm adil ke macam tu?? Japp, kadang2 macam doubt pon ada—yelahh kata BFF,, tapi macam tuuuu?? Tepuk dada, tanya hati lahhhhhh

Ni lagi satu, kalau keluar lepak dengan fobia, perempuan tu mesti dok keneng2 kan aku dgn budak heartless tu. Hishhh serious tak faham akuu -.-‘ SANGGUP LUKAKAN HATI SENDIRI tu talehh blahh. Pastu kalau JEALOUS, merajuk semua org nk kena pujok. Pastu last2, mesti tunding jari kat ‘someone’ punca dia merajuk etc. ehh pleaselahh. PHYSCO PUNYAA PEREMPUANN!

Kau tak pernah sedar yg kau dah dapat lelaki yang susah nak jumpa di abad ini. Lelaki yg sanggup terima kau seadanya EVEN KAU DAH BUAT MACAM2 KAT DIA. MAKIHAMUN TU BIASA. CURANG?? LAGI LA BIASA KANNN? Tapiii still taktahu nak hargai lagi. Aku taknak jadi JAHAT BUT aku DOAKAN ,, AKU HARAP SANGAT YG PAKWE KAU TINGGALKAN KAU NANTI. *jahatnya akuuu. Hmm hmmm. SEBAB APAA?? SEBAB AKU NAK KAU SEDAR! SEDARRRRRRR YANG BUKAN SENANG NAK CARI LELAKI PENYABAR MCM TU. DAN NAK AJAR KAU SUPAYA TAU MENGHARGAI.

Aku rasa aku lagi lama kenal pakwe kau. Dari sem 1 diploma dh jadi partner lab sesama. Kau kenal dia start SEM 5 diploma. Tapiiii sebab sayang yang amat dia pilih untuk PERCAYA KAU!!! BACK UP KAUUU drpd aku. JAGA HATI KAU DAN LUKAKAN HATI AKUUU, Kwn yang dah lama dengan diaa. PERCAYA SEMUA REKAAN CERITA KAU.. HMMM I have nothing to say….. sedihhhh kot. Tapi takpe lah, aku taknak halang kebahagiaan orang. TAKPE KAWAN BOLEH CARI. *Think positive

So sampai sekarang *update 24 April 2015
Aku masih macam nii happy dengan kehidupan sekarang. Thanks D sebab always by my side. ekekeke Kawan2 ada tanya, perempuan tu tak try ke contact aku ke nak jernih kan balik keadaan?? TAKDEEEE TAKDEEE OKAYYY!! *orang berak mana nak ngaku dia berak kannn??? So, aku pon takkan cari dia jugak. Dah tawar hatii. PEGI MAMPOS DENGAN EGO KAUUU ! PEGI JAHANAM LAHHHHHHH *aku pon boleh cakap buruk2 jugak. Kau pon dah officially di removed dr group. *TU YANG KAU NAK. AKU DAH TUNAIKAN. HARAP BAHAGIA.

Dah tu jerrr luahan hati yang dah lama tertangguh. Hajat nak let go je, tapi rasa macam takboleh pulak nak letgo benda paling perit dalam hidup mcm tu jerr. So, kene buat satu medium untuk dijadikan pengajaran dan ingatan di masa depan. HATI-HATI PILIH KAWAN, KADANG2 KAWAN BOLEH JADI LAWAN. *muahh ciked

p/s : bantal and blanket kau still ada kat umah aku. Mohon datang amik. Mohon suruh sesape amikkan. Thankyou.

Truly ;
nabila


Saturday 9 August 2014

CERITA AKU DAN DIA.







Hii uolls. *lambai tangan ~ YA ALLAH, lama gilaa tak update blog. dah berzaman ghupenyeer . ni mesti 4 lapis habuk. *lap screen. hahaha. al-maklum laa, busy memanjang. nak2 2014 tu final yea utk diploma aku. So, busy kelam kabut ribut taufan dengan Final project, final exam, busy create memory ngn kwn2 as much as we can and blablabla..zzzzz


Dan, dengan ini secara rasminya saya kembali *jumping wink2 (tup2 nanti hilang pulak)HAHAHA. So, skrg tengah cuti nk tunggu sambung degree. nak keja takde org nk amik aku keja sbb alasan dia, eh tk sempat awk nk kutip pengalaman dah nk benti nnti. ok fine, tayah keja duk uma :3 so, nilah KEJA akuuuuu. hewhew

SATU. pasai apa tajuk kat atas tu mcm tajuk novel je? nak buat ulasan sinopsis novel ke? ehh takde keja haa. sinopsis penulis novel dah siap2 tulis kt blkg novel tu, so sape nk beli tu, dengan ringan tulang susuk , baca ler. HAHAHA

Cerita aku dan dia? hmm acano nk start ni? pada suatu hari.. blablabla -- kompem semuaa ZZzzz *yawning :p dah lama aku tak pikir pasal dia. tapi tetibe mlm ni teringat pulak sbb utama , tadi aku update memory laptop means buang apa yg tak patut dlm laptop, alang2 belek gambar2 lama baru kini dan selamanyaa.. haa sbb tulah -.-' lols

we have been known since 2011 as a normal friend. but we become more closer last year. why? sebab selalu keluar lepak sesama dgn beberapa yg lain, yg kami namakan FB4A :) geng ni ado 3 jate, 3 tino. ehh mcm ayam pulak -.-' yg 2 pairs tu dah comfirm maggi cintan cintun, so yg left aku dan dia. so, what should i do? boleh pikir sendri kan.. huhh

#kalau lepak, selalu mcm ni. lols



DUA. setiap kali keluar, dia selalu care pasal aku. *aku ni taleh org terlalu care sangat, mudah jatuh hati. hahaha. baik kan hati saya >.< plus aku suka lelaki pendiam. sbb aku nak treasure org tu. dia ni agak pendiam, tapi agak kelakar jgak kadang2 -.-' hahaa. dah puji. stop >.<

TIGA. aku cuba letakkan dia dlm situasi 'just friend'. but hati taleh paksa. and we already had 1,2,3,4,5 blabla conversation to clear up all of those misunderstanding. and of koss, dipihak dia, after the end of conversation, he assumed that 'aku dah faham'.. yes aku mmg dah faham tapi 'his action and words are too different' yg buatkan aku lagi confuse. so, I let it go~~ even aku tahu one day aku akan sakit. sigh. aku teruskan. aku ikut cara dia lagi.

EMPAT. ade skali tu, for me the biggest fight la, happened on 25 march. *tapi takde lah gusti2 macam WWE tuu HAHAHA. i think more than 1 week aku tak contact dia. he is stranger to me at that time. but dia yg buka langkah 1000 dulu, mendamaikan apa yg patut -.-' *waktu tu aku pikir, kalau kami terus mcm ni lagi bagus. bagus utk aku. tapi.. see? haihh attemption failed. after that, kami jadi semakin okay. apa aku mintak, tak penah dia say No. and the weirder things, dia buat apa yg dia tak penah buat kalau aku suruh dia ke apa dulu.. *dalam hati, dia ni dah kenapa? pelik semacam je.. nampak hantu ke? AHAHA. tapi at the same time, aku sukaa. hehehe. ehh, bukan senang nk dpt treat mcm tu dari dia :3 TAPI.... air yg tenang jangan disangka tiada buaya.. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.. ehhh? peribahasa apa tah aku rembat :|

LIMA. -sambungan TAPI..- 3 hari sebelum aku start final exam for final year, tetibe aku dpt 'pengakuan notakaki' yang panjang berjela mcm bas. whattt??? time tu, haihh dia igt aku ni apa? gerammm aku kaki jugak dia -.-' pengakuan dia bermula sebab aku meroyan kat twitter. sbnrnye aku meroyan sbb lain. tapiii tulah, sbb sudah tertulis mungkin. sebab aku meroyan? haa ni aku marah dia sbb aku dpt tahu dr makcik M, dia taknak join trip ktorg. haihh depan aku ckp ok. blkg aku lain pulak? apa2 just tell me directly. bukan susah pon -.-' tapi dia igt aku meroyan sebab tut..tut.. (tak dapat saya ceritakan disini. terlalu privasi. ecehh -..-) -- jadi takpe lah. aku terima je. tp toksah ckp la time tu aku betul2 mental breakdown.

hello ! apa hang tak pikiq ke aku nak exam kot lg 3 hari? kalau ye pon, bg la aku jwb exam dgn tenang dulu. haihhh lepas tu nak gocoh, jommm aarr :3 - 2 hari aku down. keja aku mkn tido nangis, makan lagi, nangis lagi, tido balik.. ehh tertido tuu sbb letih nangis -.-' hari ke3 tu, aku bangkit sbb makcik M dah bebel dah. aku tak study pape lagi. SAYANG makcik M ketad2 kemah keming :D -- lepastu apa yg ade dlm kpla otak aku ni cuma satu.. AVOID DARI JUMPA DIA. ehh kau igt sng ke?? nk avoid mcm mne pon, still jugak jumpa haa. *aku berlagak cool -- tapi aku tgk dia mcm tak bersalah langsung tu yg buat aku lagi gerammmm sakit hati apa semua.

KLIMAKS. mlm lepas dinner. our last conversation di mcD *sebut pelan2 sbb org tgh boikot mcd kangg. HAHAHA. aku hold dulu. dah lama aku hold. ditambah pulak dgn aksi dia time dinner tadi, yg pijak semut pon tak pengsan mati ! omgeee baiknya dia dgn minah tu. dulu ckp tak suka, skrg apa?? dah jatuh suka or saja buat aku sakit hati? bermonopod sakan. haihh aku terpaksa butakan mata. *tapi kalau dah jatuh suka, aku sentisa doakan korang bahagia, cepat2 kawin yeee ;)

McD ni, agak kecik tmbh pulak org ramai duk tgk bola semua. so takde tempat yg too private. tkpe redah je. start je conversation, apa lagi semua aku brust out sekali pakej air mata >.<  yg tu automatic. tapi takde lah meraung kan. aku pikir jgak image aku kang tak pasal2 hahaha. yg pelik, sepanjang 1 jam convs* kata makcik M,, aku boleh kira ngn jari je brp patah perkataan dia cakap. mana tak tension kan?? cuba ckp pompuan mana tak tensionn ? aku rasa takde kot dah nama pompuan. hahaha. time tu aku rasa nak maki2 je dia, tapi takkan la sampai mcm tu even i know he deserve for it kann?
 
# takdela sampai mcm ni. HAHAHA


Apa yg aku dpt dari our conv tadi, dia nak aku and dia jadi mcm aku n pakcik AY. whatt?? i cant. sbb kalau dari awal takpe. ni dah jd mcm ni. myb boleh tapi cara dia yg salah. kan dr awal dia ckp cmtu kan sng.. senang aku nk adapt lols. lepas tu, dia hntr aku balik. sbb makcik M ade hal negara yg dia nk settle. time dlm keta, ehh toksah ckp la betapaaa awkward moment kat situ. HAHAHA. last2 nak escape dari awkward moment, buat2 tido jwpn dia. HAHAA. *bijak tak saya? :p

Dah habis dah cita aku dan dia. kalau korang baca mesti mcm ' ehh? cita apa ni? cita keling ka? sbnrnyee aku yg mengalami ni lagi la keling. hohoho. takpe fhm2 sendiri lah. aku dah tekad, smpai je aku kat kampung nanti, aku nak zero pasal dia. pergiiiii shuhh shuhh -.-' haihh penat tauu pikir pasal dia, penat dari main badminton kot. lols

Tapi, Alhamdulillah. setelah membusy kan diri dgn aktiviti lain tambah pulak bulan pose, order cookies yg belambak, aku dpt slow2 tak pikir pasal dia. plus kat sini ada ctnoor yg buat aku sakit perut je gelak, what can I say, success ! even not overall. yelaa, bukan senang nak buang org yg penah ada dalam hidup kita nak2 dia selalu ada waktu kita susah.. semua tu bila igt buat aku rasa tak menyesal kenal dia. dia antara satu good memory aku. and also bad memory... *peace



ENDING. so, skrg aku dah slow2 'just forgive and forget' even.. bukan senang nak lupa semua tu kann? WE CAN IGNORE THE FEELING, BUT THE SCARS WILL ALWAYS EXIST IN OUR HEART. 1st step, semua gambar berkaitan dia dlm phone aku dah buang. hohoiii. syabas ! tapi tk semua la sbb kalau gmbr reramai mcm mne? kne crop eh? HAHAHA. 2nd. Banned semua lagu yg buat aku igt pasal dia .*banned kat sini means aku dh tk dgr la. tp kalau ttbe masuk keta, radio puta lagu tu. takkan aku nk terjun keta kot? gilooo >.<. 3rd. aku rasa aku kuat utk jadi kawan balik dgn dia. tapi entah bila kan? sbb mesti awkward sbb dah lama tk contct ttbe contact. mesti pihak dia pon mcm tu. hiks. 4th. andai kata, kita jadi mcm dulu balik, aku terima. but no hard feeling ok. *peringatan utk diri sendiri jugak





#notakaki - dia dah baca ke capsule tuu? *muka wondering











okay. dah tu je entry kali ni. semoga kita berjumpa lagi di lain hari dan waktu :) *yeayyy 27 septembe nii dah grad (takde kaitan). SALAM KOSONG KOSONG yall >.<



# I wish I can be like this. no hard feeling. yang tahu, main je. main. main. HAHAHA


withlove,
NABILA ZULKIFLY










Tuesday 21 May 2013

WHAT IS YOUR DREAM???

Hollaaa...Assalamualaikum.. Hanyohasayoe~~ Wanakam.. blablabla

Apa khabar semua? sihat ? Lama dah tak update belog haa. nak tahu berapa lama dah? sila tengok last entry blog ler.  dah berlapis-lapis habuk aku rasa. HAAHA. nak lap tak boleh. *ini semua poyooo >.< maklumla busy berPRAKTIKAL haa. dah tak lama dah. tinggal lagi  2 minggu. tamatlah segala penyeksaan ini -.-' horeyyyy!

Aku ada benda nak share untuk entry kali ni. yelaa tak salah nak kongsi benda baik-baik dengan semua orang. yang baik jadikan teladan , yang buruk lempar kat laut okayh? :) entry kali ni agak membantu kepada semua budak-budak lepasan SPM yang tengah duk pening kepala sampai migrain nak pikir, nak masuk Universiti apa?? nak amik kos apa?? nak pilih kos ni depends pada minat ke? atau ikut market? *haa banyak betul persoalan cepumas, cepu gangsa cepu-cepu semua :p So, meh semua aku nak story telling sikit.. heehee

Apa yang aku nak share ni yang 'MAIN' laa, adik-beradik kos yang aku amik kat UTeM. apa. tapi awal- awal aku cakap eah, UTeM ni universiti teknikal. so, apa yang aku nak kongsi ni semua berkaitan dengan kos ENGINEERING semata-mata. tu sahaja yang aku pro haa. kos lain tu takthu pulak mak nak jawab ape nyahh ;D So, sape- sape dalam kepala otak dia tu nak jadi jurutera kelak, boleh laa selak-selak entry aku nih. sekadar perkongsian (Y)

PERTAMA

ELECTRONIC ENGINEERING. kos yang aku amik selama 3 tahun. dah nak habis dah. baki 2 sem jea lagi. tak lama pun. kos ni sebenarnya apa? belajar pasal apa? apa yang boleh aku cakap --> Dunia di hujung jari. *so boleh agaklah macam mana tough nyee kos ni. kadang-kadang mereng jugak kepala otak aku nih :3
This course is all about ADD MATH ! easy to say, korang semua kenalah terror subject add math. sebahagian besar yang aku belajar, semua ada add math. aku ni bukanlah orang yang ( I LOVE ADD MATH ) ! tak okay. I really hate this subject like seriously . last2 kena belajar jugak, redah jea laa, no choice. 
#numbers is your world maybe. 

#be like this !


So, struggle lah sampai lebam supaya dapat score untuk final. macam yang kita tahu, add math kat universiti lagi more more and more advance than school. so sape- sape yang favourite subject dia add math, ada saya sarankan amiklah kos ni *peace -- subject lain : PHYSICS la. alaa master basic pun dah cukup. yang lain semua pasal electric, signal , programming etc. yelaa dah electronic, mestilah belajar yang kecik-kecik je    
( tiny component)

KEDUA

ELECTRIC ENGINEERING. kos ni paling ramai student tiap2 batch. mengalahkan kos lain la. ni pasal ape ehh??? dah nama electric, memang sah-sah la korang belajar pasal elektrik, power, etc. kos ni lebih kurang sama aje subject dengan aku punya kos. ADDMATH & PHYSICS. tapi subjek elektrik dia lagi kaw-kaw punye. *macam kopi kapal api, memang kaw

KETIGA

MECHANICAL ENGINEERING. kos paling tough kot. kos paling sikit perempuan. tiap batch, ade 10 orang jea paling maximum . tu pun paling maximum ler. *so, bayangkan !! kalau korang nak amik kos ni, kena master PHYSICS & CHEMISTRY ! semua subjek yang diajar berkaitan dengan dua subjek tu ler. jadi korang kenalah seorang yang rajin berfikir dan seorang yang suka menghafal. *selalu kena pikir logik dan sebabnye. selalu kena ingat semua nama chemical yang terlibat bla..bla..blaa



KEEMPAT

MANUFACTURING ENGINEERING. kos ni berkaitan dengan kilang. anda akan selalu berjumpa dengan gergaji, paku, tukul, senang kata semua alat besi akan jadi kawan korang laa nanti. heheheh. kos ni, main dia CHEMISTRY & PHYSICS jugak. korang bayangkan, fakulti manufacturing ni pun dah ala-ala kilang besau haa. masuk lab, terus pakai kasut besi yang keras mcm konkrit tu. so, siapa yang suka lasak-lasak bolehlah try kos ni. 

# haa berapa banyak principle nii??


KELIMA

INFORMATION COMPUTER AND TECHNOLOGY course. satu-satunya kos bukan engineering. tapi agak tough jugak laa. student dia ni kena 'otak komputer' baru senang nak score subject ni. amik kos ni, korang akan belajar semua benda baru la. kadang- kadang jea ade terselit addmath . *sesat agaknya. hahahaha -- 

Apa pun, korang jangan risau, universiti ni tak sentuh langsung subjek BIOLOGY feveret korang tu. TAK DAN TAK AKAN OKAY !! so, sape yang dapat excellent biology tu, rugi ler kalau korang apply kat sini. tapi tak salah kalau nak tukar angin. sekali- skala. hewhew

# description about me

Tapi kan, keputusan UPU baru jea keluar. maknanya entry aku ni agak dan dah terlambat lerr. tapi takpe ler, kepada adik tingkatan 5, do visit my blog, and read this okay \(^_^)/   so, bermula dari sekarang, STUDY HARD ! STUDY HARD !




Last but not least, the most important thing is TIME MANAGEMENT. kena pandai manage time kalau nak berjaya. kerana masa itu emas, bukan perak atau gangsa. setiap saat sangat berharga. *amboii bella ! pandainya bagi nasihat -.-' tapi diri sendiri? dushdush gedebuk benda keras atas kepala aku. HEHEHE

#kan best kalau aku macam ni? pandai manage time :3

Okaylah, dah panjang sangat aku membebel. lenguh tangan sudah. dengan ini saya akhiri entry saya dengan ucapan terima kasih. kamsamida~~ jumpa lagi yea lain entry *kalau I tak busy lerr. Byeeeee

#sekadar gambar hiasan. peace!

with love, 
BELLA




Sunday 25 November 2012

WONDERLAND TIME !

Assalamualaikum ! Haiii ! 안녕하세요 ! こんにちは ! bonjour ! :)

apa khabar semua sahabat? sihat? cikBELLA sihat jea. haa entry kali ni nak citer pasal holiday -- takde lah holiday mane. curi-curi holiday jea ;) kikiki -- 2 hari lepas, bersamaan JUMAAT, 23/11/2012, cikBELLA bersama-sama tiga orang roomates pegi main air. *nak feeling budak-budak sikit. HAHAHA - Nak tahu kami pegi mana? sila lihat di bawah *sambil muncungkan mulut 

#jelas kan gambar dia? tak payah nk explain dah. HEHEHE

MELAKA WONDERLAND ni takdelah mahal sangat. harga tiket biasa2 jea. tak macam sunway lagoon etc . sebab wonderland ni waterpark saje. so, sape suka main air tu datanglah ke sini *iklan promote jap :D

# this is the price list for wonderland ticket

TAPI... TAPI..... kami pergi takdelah bayar macam harga tiket kat atas tu. Kan sekarang musim cuti sekolah, so ade promotion la. kami beli tiket dengan agent wonderland (kawan cikBELLA), so saving sikit la. BUY 1 TICKET, FREE 1 TICKET. Ohhsemm kann? HIHIHI -- siap dapat kupon makan, minum and pelampung lagi. *jealous tak? puihhh

#ni baru warm up okay ! ;)

sebut saje theme park, harga makanan dia memang superb la mahalnya. NO MONEY NO TALK okay :DD -- kami pon bawak makanan dari luar plus guna coupun jea. lain la kalau datang with family. kann kann? hihihi-- masa kami pegi tu cuaca bercampur baur semua. mula2 panas, then hujan then mendung. perfect ! HAHAHA. banyak yang extreme kami try. sebab rugilah kalau datang tak try kan? 


# ni TORNADO CHASER . serious best ! 

#KAMIKAZE RACE. memang panjang race dia -.-'

# PENDULUM ! ni paling scary . sumpahh scary gila T_T

# CRAZY SLIDE. memang beralun habis la -.-'

gambar di atas semua yang scary and extreme. what can i say? HARUS CUBA :) HEHEHE -- So, selebihnya layan gambar2 jelah. takde ape nak story sebab syok sangat main air ;D.




# bersama dengan MR DINO :)










haaa, tu jelah yang cikBELLA nak sampaikan n share untuk entry kali ni. ape pon, enjoy these picture yeahh ! HAHAHA. Okay, got to go. byebye sweetie pie semuaa :)


withlove,